India: Polis India sedang menyiasat sebuah video yang menampilkan seorang guru beragama Hindu menyuruh anak muridnya menampar rakan sekelas yang beragama Islam.
Video tersebut menunjukkan seorang pelajar yang berusia 7 tahun menangis kerana ditampar rakan sekelasnya. Ianya dsebabkan hanya kerana dia tersilap membuat jadual masa.
Video tersebut yang berlaku di sekolah swasta, Uttar Pradesh.
"Kenapa kamu pukul slow sangat, pukul dia kuat lagi" arah guru tersebut kepada pelajarnya.
"Pukul belah pinggang plak, muka dia dah merah dah...pukul pinggang plak!" arahnya lagi.
Video tersebut menjadi viral serta mendapat kritikan masyarakat.
Ketua pembangkang negara tersebut, Rahul Gandhi menyalahkan pihak kerajaan atas apa yang berlaku dalam video tersebut.
Selepas siasatan, pihak kerajaan India menyatakan bahawa video tersebut ialah benar dan akan mengambil tindakan selanjutnya. Laporan telah dibuat oleh bapa si mangsa serta ianya mengambil tindakan untuk membawa anaknya keluar dari sekolah tersebut.
Situasi kebencian terhadap golongan beragama Islam semakin meningkat sejak Narendra Modi memegang jawatang sebagai Perdana Menteri India.
Sumber: https://sg.news.yahoo.com/india-teacher-investigated-telling-pupils-171546251.html

Post a Comment