Kerana Menegur Pelajar Merokok, Guru ini Dilastik Sehingga Buta Oleh Si Bapa

kredit: https://medan.tribunnews.com/


Rejang Lebong, Indonesia: Memilukan! Seorang guru menghadapi nasib yang malang apabila diserang oleh seorang bapa kepada salah seorang pelajarnya. 


Ini disebabkan bapa tersebut tidak berpuas hati kepada guru tersebut kerana menegur anaknya merokok. Tindakan si bapa itu sangat mengejutkan kerana ia melastik ke mata guru tersebut.


Lebih malang, kecederaan itu menyebabkan guru terus menjadi buta kekal di sebelah mata kanan!


Si bapa melarikan diri selepas melastik guru tersebut. Namun ianya ditahan oleh pihak polis pada 5 Ogos yang lalu.


Selepas ditahan, si bapa meminta maaf kepada guru tersebut.


Beliau mengakui terlalu emosi kerana mengetahui anaknya ditegur dan ditendang oleh guru tersebut. Dirinya akui tersangat menyesal dengan tindakannya itu.


Sumber: https://www.astroawani.com/berita-dunia/bapa-lastik-biji-mata-cikgu-sehingga-buta-serah-diri-431628




Post a Comment

Previous Post Next Post