
Kaws Figures. Kredit kaws/medicom toy
Baru-baru ni kecoh video tular yang memaparkan sebilangan manusia yang berebut rebut nak beli t-shirt Kaws di kedai Uniqlo. Cukup mengarut dan memalukan. Tak boleh ke dorang ni berperangai macam manusia sikit. Tahulah t-shirt Kaws ni menjadi buruan hingga dijual kembali kepada harga yang mahal. Tapi, apa benda kaws ni sebenarnya?
Kaws adalah hasil idea Brian Donnelly. Pada era 90an, beliau yang tinggal di New Jersey ini sering melepak dan bermain skateboard untuk mengisi masa lapang. Di dalam masa yang sama, beliau tertarik dengan hasil grafiti yang cantik terpapar di dinding bangunan. Selepas itu, beliau mula terjun ke dalam bidang grafiti. Bagaimanapun beliau tidak menghasilkan grafiti di dinding, sebaliknya beliau menghasilkan grafiti di beberapa poster iklan dengan membuat coretan di poster asal. Antara ialah iklan pakaian dalam Calvin Klein.
Bagaimana imej ikonik X kaws telah tercipta? Kejadian ini terjadi semasa lawatan beliau di Jepun pada akhir 90an. Beliau telah dipelawa oleh beberapa owner mainan dan pakaian untuk mereka mainan. Disebabkan style Brian Donnelly adalah mengubah beberapa mainan yang sudah ada dengan melukis simbol x di mata mainan tersebut. mainan tersebut ialah Mickey Mouse dan Beliau telah menamakan rekaannya sebagai Companion. Selepas itu, Companion telah menjadi fenomena dan kegilaan buat peminat street art/wear.
Selepas daripada itu, beliau kembali semula ke amerika syarikat dan nama beliau semakin digilai orang ramai. Ramai yang ingin mendapatkan sentuhan beliau yang cukup minimal tetapi memikat. Brian kini dikenali sebagai Kaws.
Kaws tu apa plak? Kaws adalah susunan daripada huruf-huruf kegemaran beliau. Secara tidak langsung Kaws memang takda maksud langsung sebenarnya.
Pada era 2000, hasil karya Brian mula ada di dalam galeri-galeri seni di Amerika Syarikat dan juga beberapa negara asia. Jangan terkejut jika ada hasil karya beliau yang mencapai nilai jutaan dolar. Antaranya karya Kaws yang dihasilkan pada tahun 2005 telah mencatat jualan sebanyak 14 juta dolar menurut New York Times. Lukisan-lukisan Kaws terhadap watak kartun Smurf dan Spongebob terjual dalam jutaan ringgit.
Ini menunjukkan mutu Kaws yang diangkat darjat setinggi tingginya. Kaws juga berkerjasama dengan label fesyen mewah seperti Dior. Selain itu, Kaws sudahpun menjalinkan kerjasama dengan Nike dan sudah tentu t-shirt yang korang berebut macam monyet tu, Uniqlo. Apapun Kaws adalah contoh seni jalanan yang diangkat jayanya.



Post a Comment